Dua Beradik Dilarikan Penjenayah Selamat

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 9:56 AM

Naqiudin tiba dalam keadaan selamat di sekolah tempat ibunya mengajar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan adiknya berusia tiga bulan dilarikan seorang penjenayah bersama kereta milik ibunya sebelum ditinggalkan ditepi jalan.

Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik itu ditinggalkan di kawasan perindustrian Puchong, kira-kira lima kilometer dari lokasi kereta ibu mereka dilarikan penjenayah.

Mohd Naqiudin Rashid dan Mohd Taqif ditinggalkan dalam kereta Proton Gen-2 berwarna biru tanpa dimatikan enjinnya selepas ibu mereka, Karniyurtini Ishak, 35, menghantar dua anaknya yang lain masuk ke dalam rumah seorang pengasuh di Puchong Perdana kira-kira pukul 7.10 pagi.

Sebaik saja wanita itu keluar rumah, dia melihat keretanya telah dilarikan bersama-sama dengan dua lagi anaknya.

Dia mengejar kereta itu tetapi hanya boleh sampai sehingga ke Sekolah Kafa Integrasi Madrasatul Ikhwan iaitu 500 meter dari tempat dia mengajar.

Kira-kira 40 minit kemudian, muncul seorang lelaki yang datang ke sekolah itu bersama-sama dua anaknya.

Pekerja kilang, Mohd Rosdan Samat, 44,  berkata dia terlihat seorang kanak-kanak lelaki mendukung seorang bayi berdiri di tepi jalan di kawasan Perindustrian Puchong kira-kira pukul 7.35 pagi dan mengesyaki sesuatu.

"Saya dalam perjalanan hendak ke tempat kerja apabila menyedari kanak-kanak itu kelihatan gelisah semasa membawa bersama adiknya. Saya bertanya dimana ibu bapanya dan dia menceritakan mengenai insiden tersebut," kata Mohd Rosdan.

Apabila Naqiudin memberitahu Mohd Rosdan bahawa ibunya seorang guru di sekolah berdekatan, pekerja kilang itu memutuskan untuk menghantar mereka ke sana.

Karniyurtini berkata, dia bersyukur kerana anak-anak pulang dengan selamat.

"Saya hampir berputus-asa apabila kereta tersebut hilang dari pandangan. Saya selalu meninggakan tiga anak saya di rumah pengasuh sebelum pergi ke tempat kerja," katanya.

Naqiudin memberitahu polis bahawa penjenayah tersebut memakai pakaian seragam sekolah menengah, kurus dan tinggi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata lelaki tersebut mengacukan pisau ke leher kanak-kanak itu dan menyuruhnya turun dari kereta terbabit.

"Dia mengugut untuk membunuh kedua-dua mereka jika enggan turun dari kereta itu," katanya.

Yahya turut menasihati ibu bapa supaya tidak meninggalkan kereta yang  enjinnya belum dimatikan lebih-lebih lagi apabila anak-anak masih di dalam kereta.

"Tindakan itu memudahkan mereka menjadi mangsa kepada penjenayah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan