Polis Miri Nafi Wujud Sindiket Culik Kanak-Kanak

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis Miri pada Rabu menafikan wujudnya sindiket yang menculik kanak-kanak di kawasan kediaman dan pasar raya di sini seperti yang disebar menerusi laman sosial.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan dengan kes tersebut.

"Kes culik itu tidak benar, hanya disebarkan dalam media sosial oleh orang yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau juga mengingatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan maklumat palsu seperti itu dan polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan khabar angin tanpa bukti kukuh.

Menurut Gan siasatan awal polis mendapati khabar angin tersebut disebarkan menerusi laman Facebook Miri Community yang mendakwa berlaku kes culik kanak-kanak di kawasan pasar raya E-Mart dan taman perumahan Tudan.
Tags / Kata Kunci: culik , kanak-kanak , Miri

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan