Tiga Tauke Judi Piala Dunia Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat dengan sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia melibatkan wang pertaruhan RM37,000.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Risikan dan Operasi Pahang, Supt Md Zamrie Mat Zanu berkata mereka yang berusia antara 24 hingga 52 tahun diberkas berasingan di sini dan Triang, Bera dalam Ops Soga pada Sabtu dan Ahad lepas.

Beliau berkata suspek ditahan di dua premis berasingan di sini antara pukul 2 hingga 3 pagi pada Sabtu manakala seorang lagi ditahan di sebuah rumah di taman perumahan dekat Triang esoknya.

"Dalam serbuan itu polis turut merampas sebuah komputer riba, telefon bimbit dan modem wi-fi yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pertaruhan itu," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak lapan orang yang terlibat dalam sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia diberkas di negeri ini sejak perlawanan berlangsung.


Tags / Kata Kunci: Piala Dunia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan