Sindiket Jual Kenderaan Mewah Luar Negara Tanpa Permit Ditumpas

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 6:55 PM

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Datuk Hassan Ibrahim melihat enam buah kereta mewah yang berjaya dirampas pada sidang media di pejabat Kastam Bahagian Penguatkuasaan Ipoh, Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menumpaskan satu sindiket penjualan kenderaan mewah tanpa permit dengan penangkapan empat lelaki termasuk dua penjawat awam sejak 26 Mei lepas. 

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Hassan Ibrahim berkata selain itu lima orang penjawat awam yang masing-masing merupakan pemilik kenderaan mewah berkenaan turut ditahan kerana memiliki barang larangan. 

"Kastam merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Lexus GS300 kerana ia disyaki barang larangan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Teluk Intan pada 26 Mei lepas. 

"Susulan itu lima buah kenderaan mewah lain turut dirampas di sekitar Perak, Lembah Klang dan Pahang," katanya kepada pemberita di sini Selasa. 

Beliau berkata selain Toyota Lexus, kenderaan yang dirampas adalah dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dan Honda Odyssey, dua buah MPV jenis Toyota Wish dan sebuah kereta jenis Honda Accord. 

Keenam-enam kenderaan itu bernilai RM210,000 yang melibatkan cukai bernilai RM536,240, katanya. 

Hassan berkata sindiket berkenaan dikesan menjual kenderaan mewah itu secara tunai dengan harga lebih murah iaitu antara RM20,000 hingga RM70,000 sebuah. 

Beliau berkata siasatan mendapati kesemua kenderaan tersebut dipercayai dibawa masuk dari Singapura secara sah. 

"Bagaimanapun ia tidak pulang selepas 30 hari dibawa masuk. Kesemua kenderaan ini telah melepasi pemeriksaan Puspakom dan proses itu dipercayai dimudahkan oleh penjawat awam yang disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket terbabit," katanya. 

Seorang daripada empat individu yang ditahan pada awal kes telah didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada 5 Jun lepas atas kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu dengan disedarinya terlibat dalam berurusan dengan barang larangan, katanya. 

Beliau berkata tiga yang lain termasuk penjawat awam dibebaskan sementara dengan jaminan untuk siasatan lanjut. 

Sementara itu, siasatan turut dijalankan terhadap kelima-lima orang penjawat awam yang memiliki kenderaan mewah berkenaan dan mereka dibebaskan sementara dengan jaminan, katanya. 

Justeru itu, Hassan menasihatkan orang ramai khususnya penjawat awam supaya tidak tertipu membeli kereta mewah yang dijual dengan harga murah kononnya kereta yang dirampas oleh Kastam, atau ada pihak yang kononnya boleh membantu mendapatkan kereta rampasan Kastam dengan harga menarik. 

"Ingin saya tegaskan Kastam tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat sebagai orang tengah bagi menguruskan penjualan kenderaan atau apa-apa barang rampasan kepada orang awam," katanya.

Beliau berkata semua kenderaan yang dirampas akan dijual mengikut proses tender bersepadu terbuka secara bidaan di mana individu perlu membayar cagaran sebanyak 10 peratus daripada harga bidaan dengan menggunakan bank draf.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, pihak berkenaan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, katanya.
Tags / Kata Kunci: sindiket , kenderaan mewah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan