Polis Marin Patahkan Cubaan Seludup Diesel - Berita Jenayah | mStar

Polis Marin Patahkan Cubaan Seludup Diesel

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis Marin Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan menyeludup diesel bersubsidi di Tanjung Belungkor, Kota Tinggi tengah malam Isnin dengan nilai rampasan hampir RM5 juta.

Komander pasukan ACP Paul Khiu Kon Chiang berkata menerusi operasi bersepadu khas bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor itu, serbuan telah diadakan di sebuah jeti persendirian di Tanjung Belungkor yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan diesel. 

Beliau berkata enam kru kapal warganegara asing beserta sebuah kapal ditahan, yang disyaki sedang menjalankan aktiviti pemindahan diesel ke dalam kapal. 

"Hasil pemeriksaan ke atas kapal mendapati terdapat cecair yang dipercayai minyak diesel bersubsidi terdapat dalam tangki kapal itu dengan anggaran lebih kurang 123,479 liter," kata Khiu dalam kenyataan di sini Selasa.

Katanya kapten kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah berkenaan minyak tersebut.

Kesemua tangkapan diserah kepada KPDNKK untuk tindakan, katanya.

Tags / Kata Kunci: seludup , diesel , KPDNKK
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan