2 Cedera Dalam Kemalangan Libatkan 5 Lori, 4 Kereta

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 2:02 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua orang cedera dalam kemalangan membabitkan lima lori dan empat kereta di Km365.9, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan di sini pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nanyan berkata dalam kemalangan kira-kira pukul 6 pagi itu, seorang kelindan lori membawa muatan durian cedera pada bahagian pinggang manakala seorang wanita yang memandu kereta jenis Perodua Viva mengalami cedera ringan.

Katanya kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah lori yang datang dari arah Ipoh menuju ke Kuala Lumpur telah melanggar belakang lori membawa muatan sawit kisar yang mengakibatkan sawit kisar itu tumpah ke atas jalan dan menyebabkan jalan licin.

Keadaan jalan licin itu menyebabkan beberapa kereta dan lori terbabas dan saling bergesel sehingga ada yang masuk longkang dan melanggar pembahagi jalan di kiri dan kanan jalan, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu adalah lima buah lori termasuk sebuah trak tunda dan sebuah tanker manakala kereta yang terlibat adalah sebuah Perodua Viva, dua buah Perodua Myvi dan sebuah Nissan Sylphy.

Othman berkata 12 lagi yang terdiri daripada pemandu dan penumpang kenderaan terbabit tidak mengalami kecederaan.


Tags / Kata Kunci: Kemalangan , Ipoh

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan