Lelaki Maut Dipukul Di Pusat Hiburan - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Maut Dipukul Di Pusat Hiburan

Diterbitkan: Ahad, 22 Jun 2014 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan meninggal dunia akibat dipukul di First Avenue Bandar Utama, di sini awal Ahad.

Ketua polis Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata sebelum kejadian pada 2 pagi itu, Tan Bon Hock, 46, bersama tiga rakannya, bertengkar dengan tiga suspek berhampiran tandas sebuah pusat hiburan di situ.

"Menurut rakan mangsa yang menyaksikan kejadian itu, seorang daripada suspek kemudian mendapatkan mangsa dan memukul, menendang serta menumbuknya," kata beliau.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.


Tags / Kata Kunci: Bandar Utama , Petaling Jaya
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan