Anggota Bomba Maut, Rakan Parah Dirempuh Lori Batu

Diterbitkan: Ahad, 22 Jun 2014 10:14 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang anggota bomba maut manakala rakannya cedera parah setelah dilanggar lori tiga tan berisi muatan batu di Batu 29, Pengkalan Raja, Pontian pada Sabtu.

Berdasarkan akaun Twitter rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Mohammad Taufiq Ali manakala rakannya Suboh Abdullah, dipercayai sedang mengemas peralatan operasi pemadaman api lalang apabila kemalangan itu berlaku.

Kedua-dua mangsa adalah dari Balai Bomba Pekan Nanas.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Zahaliman Jaamin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Tags / Kata Kunci: Bomba

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan