Polis Kenal Pasti Suspek Bunuh Pengedar Ayam

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 2:02 PM

Shafien Mamat

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Pihak polis mengenal pasti seorang warga  Myanmar yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang pembekal ayam ditemui mati berlumuran darah dengan kesan kecederaan di kepalanya dalam stor premis pemprosesan ayam milik mangsa di Jalan Changkat pada Jumaat.

Lelaki berusia 20-an itu merupakan pekerja kepada mangsa dan telah bekerja di premis pemprosesan ayam berkenaan sejak beberapa tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata usaha mengesan lelaki berkenaan sedang giat dijalankan.

"Kita telah pergi ke beberapa lokasi yang selalu suspek berada, bagaimanapun gagal menemuinya tetapi polis percaya dia masih berada di sekitar daerah ini.

"Saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki berkenaan atau kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes tersebut," katanya.

Mayat Tan Chye Sian, 41, ditemui abangnya yang datang ke premis berkenaan pada pukul 10 pagi selepas lelaki itu tidak menjawab panggilan telefonnya.

Tags / Kata Kunci: bunuh pengedar ayam

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan