Seorang Pelajar UIAM Maut Terlibat Kemalangan

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) maut selepas motosikalnya terlibat dalam kemalangan di Km 151.8 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran Bukit Tambun di sini pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata Mohamad Faiz Hassan, 21, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah untuk pulang ke rumah keluarganya sebelum terlibat dalam kemalangan pada pukul 8.30 pagi.

"Difahamkan mangsa yang menunggang seorang diri baru tamat peperiksaan penggal dan dalam perjalanan pulang ke Kampung Alor Gunong.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang di lorong kanan dipercayaitelah bergesel dengan sebuah kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan terjatuh," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.Shafien berkata kenderaan yang turut terlibat didapati tidak lagi berada di lokasi kejadian.

"Kita akan menyemak kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lebuh raya bagi melihat bagaimana kemalangan berlaku dan mengenal pasti kenderaan yang terlibat," katanya.

Mayat pelajar itu telah dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kemalangan itu menghubungi balai polis berdekatan.

Sementara itu di Bukit Mertajam, seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) patah tangan kiri dan luka di dahi selepas motosikal yang ditunggangnya terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengelak sebuah kereta di bulatan Bukit Tengah pada Jumaat malam.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata ketika kejadian 11.05 malam itu, Kpl Jamaludin Shafie, 55, bersama seorang lagi rakannya sedang menjalankan rondaan mencegah jenayah di kawasan berkenaan.

Kejadian itu berlaku apabila anggota dari Balai Polis Bukit Tengah itu cuba mengelak sebuah kereta yang sebelum itu menyisi kenderaan yang lain menyebabkan motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu terjatuh ke dalam longkang, katanya.

Rusli berkata anggota polis berkenaan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan lanjut dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Saya telah pergi melawat mangsa di HBM selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu dan dia dibenarkan keluar hospital awal pagi Sabtu selepas menerima rawatan," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: URB , cedera , kemalangan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan