Bot Karam: Keluarga Kenal Pasti 9 Mangsa

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 3:30 PM

Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam diteruskan pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

MORIB: Mayat sembilan daripada 14 mangsa tragedi bot karam di Sungai Hitam Air di sini telah dkenal pasti oleh ahli keluarga mereka.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Azman Abdul Razak berkata, mayat lapan lelaki dan seorang wanita dikenal pasti sebagai warga Indonesia dari Acheh.

"Dokumen yang berkaitan termasuk laporan bedah siasat, sijil kematian telah diuruskan dan kerajaan Indonesia juga mengatur jadual penghantaran mayat ke Acheh.

"Mayat akan dihantar ke Indonesia melalui dua penerbangan pada Ahad dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya kepada pemberita di Jeti Kelanang pada Sabtu.

Azman berkata, siasatan kesemua sembilan mangsa yang dikenal pasti tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

"Kami mendapat pengesahan pada Sabtu dari ahli keluarga yang datang untuk mengenal pasti dan menuntut mayat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa pengusaha bot haram yang dilindungi oleh pihak berkuasa, Azman berkata, tiada laporan mengenainya diterima.

"Jika sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai pengusaha bot, mereka perlu tampil supaya kita boleh mengambil tindakan yang setimpal," katanya.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga polis mengenalpasti jumlah sebenar yang berada di dalam bot itu.

"Maklumat kami kini mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 97 orang menaiki bot tetapi ia tidak disahkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: bot karam banting , kenalpasti mayat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan