Remaja OKU Ditemui Dikurung Di Nilai

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 2:54 PM

Seorang remaja lelaki OKU ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai, pagi Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

NILAI: Seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak pada pagi Sabtu.

Penemuan dilakukan dalam Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dari pukul 2 hingga 6 pagi.

Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu di dapati dipenuhi dengan tanah dan najis.

Beliau berkata remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan manakala ibunya yang dikatakan berasal dari Sabah ditahan untuk siasatan lanjut.

Rumah itu diserbu kerana dikatakan didiami pendatang tanpa izin (Pati).

Dalam operasi itu, 74 Pati ditahan.

"Mereka yang ditahan didapati tinggal lebih masa dan tiada dokumen pengenalan diri. Kebanyakannya terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan India.

"Mereka kemudiannya dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng," kata Faizal Fazri.

Operasi membabitkan 115 anggota Jabatan Imigresen, 30 anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia, empat anggota Jabatan Pertahanan Awam dan lima anggota Jabatan Pendaftaran Negara.

Tags / Kata Kunci: OKU , kurung , Ops 6P

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Kolumnis

iklan

Iklan