Tindakan Tegas Terhadap Kumpulan Anti Lynas Yang Berhimpun

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 7:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan anti Lynas atau mana-mana pihak yang bercadang mengadakan perhimpunan haram di kawasan kilang Lynas, dekat Kawasan Perindustrian Gebeng di sini. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan telah dibuka berikutan laporan polis yang dibuat oleh Syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd pada 16 Jun lepas mendakwa penyokong kumpulan anti-Lynas, iaitu Kumpulan Hijau mahu mengadakan perhimpunan berhampiran kilang mereka.

"Bagaimanapun polis telah mendapat perintah injunksi dari Mahkamah Majistret Kuantan bagi melarang mana-mana pihak terutamanya anggota Kumpulan hijau dan individu untuk menghampiri, berhimpun, memprotes serta mengadakan halangan di Syarikat Lynas dalam lingkungan 20 meter dari bangunan Lynas.

"Sehubungan itu tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang ingkar dengan perintah mahkamah ini dan polis boleh menahan mereka yang terbabit tanpa waran tangkap ke atas mana-mana penganjur atau peserta terlibat dengan perhimpunan haram itu menurut Seksyen 20 Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis daerah Kuantan di sini Sabtu.

Katanya perhimpunan yang dijangka melibatkan kira-kira 1,000 peserta.

"Kita percaya perhimpunan ini boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa orang awam termasuk peserta yang terlibat sama ada berlaku rusuhan, pergaduhan dan kemusnahan harta benda awam.

"Jadi, saya menyeru agar pihak terbabit yang merancang untuk mengadakan perhimpunan ini supaya membatalkan hasrat mereka dan akur dengan perintah yang dikeluarkan mahkamah," kata Abdul Aziz.

Beliau berkata sehingga hari ini polis tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada Kumpulan Hijau untuk mengadakan sebarang perhimpunan.

"Ini bukan cara yang betul untuk protes. Jika tak puas hati boleh ikut saluran yang betul kerana Kumpulan Hijau ini mendatangkan keresahan di kalangan pekerja Syarikat Lynas dan penduduk setempat," katanya.


Tags / Kata Kunci: anti Lynas , Gebeng

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan