Mayat Pertama Kes Bot Terbalik Ditemui

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 8:06 PM

Anggota APMM membantu salah seorang wanita daripada 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang berjaya diselamatkan selepas bot pancung yang mereka naiki terbalik di Beacon Api Gila, perairan Sepang pada Khamis lalu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mayat pertama kejadian bot pancung membawa 27 warga Indonesia yang terbalik di Beacon Api Gila, perairan Sepang pada Rabu lepas dijumpai di Sepat Beacon petang Sabtu.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Klang, Leftenan Komander Mohd Hambali Yaakup berkata mayat ditemui oleh nelayan tempatan pada pukul 4.05 petang. 

"Anggota kami sedang dalam perjalanan membawa mayat ke Pos Pangkalan Hadapan (FOP) Sepang Kecil dan mayat itu kemudian akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat," katanya.

Mohd Hambali berkata jantina mayat masih belum dikenal pasti berikutan keadaannya yang reput.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, sejumlah 20 mangsa ditemui selamat manakala tujuh lagi hilang.

Kesemua 27 penumpang itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung mereka untuk meraikan awal Ramadan.

Enam daripada mangsa yang terselamat kini dirawat di Hospital Banting dan Hospital Sungai Buloh.

Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas kejadian sebuah bot yang membawa 97 pendatang warga Indonesia karam di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada hari yang sama.

Sehingga Sabtu jumlah mayat yang ditemui ialah 14 orang manakala mangsa yang berjaya diselamatkan adalah sebanyak 63 orang termasuk 50 lelaki, 12 wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.

Mangsa yang dikhuatiri hilang masih kekal 20 orang.

Tags / Kata Kunci: bot pancung , terbalik , Beacon Api Gila

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan