Peniaga Kain Mati Ditetak

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang peniaga kain mati ditetak di hadapan kedainya berhampiran Pasar Chowrasta, Jalan Penang di sini hari ini. 

Mayat Mohamed Badusha Kalandar Masthan, 41, ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan parah di leher, muka serta seluruh badan pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata peniaga kain itu dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki yang berniaga bunga di belakang premisnya.
 
"Pertengkaran itu menjadi pergaduhan serius sehingga menyebabkan kematian mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata suspek telah menyerah diri Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut tidak lama selepas kejadian dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, katanya.

Tags / Kata Kunci: peniaga kain , mati , ditetak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan