PDRM Nafi Van Putih Berkeliaran Culik Kanak-Kanak - Berita Jenayah | mStar

PDRM Nafi Van Putih Berkeliaran Culik Kanak-Kanak

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 9:47 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada Rabu menafikan khabar angin kononnya sebuah van putih yang menggunakan nombor plat pendaftaran negara jiran berkeliaran di kawasan Selangor untuk menculik kanak-kanak bagi mendapatkan organ mereka.

PDRM menerusi laman rasmi facebooknya menyatakan maklumat itu, yang tersebar menerusi media-media sosial yang mendakwa van berkenaan berkeliaran di sekitar kawasan Selangor terutamanya di Sabak Bernam, adalah palsu.

"Polis dengan sekeras-kerasnya menafikan penyebaran maklumat berkenaan dan ia hanya disebar untuk menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," kata PDRM. 

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai penyebaran maklumat itu.

Tags / Kata Kunci: PDRM , van putih , culik , kanak-kanak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan