Polis Buru Tahanan Lolos Dari Mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 12:12 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang sepatutnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki dadah, meloloskan diri selepas kenderaan polis yang membawanya tiba di perkarangan mahkamah itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata suspek dikenali sebagai Mohamad Faisal Naina Mohamad, 40, digari secara berangkai bersama-sama 14 orang kena tuduh (OKT) lain sebelum dia secara tiba-tiba melepaskan diri selepas dibawa turun daripada kenderaan itu.
 
"Suspek berada di barisan paling hujung secara tiba-tiba dapat melucutkan tangan daripada gari dan melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya kemungkinan gari yang diguna tidak berkunci atau longgar, Mior Faridaltrash berkata perkara itu masih dalam siasatan.
 
Beliau berkata pegawai penyiasat telah merekodkan keterangan dua anggota polis pengiring OKT berkenaan dan mereka turut disiasat kerana disyaki cuai menjalankan tugas.

Mior Faridaltrash berkata polis telah melancarkan 'Ops Kesan' untuk menjejaki suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi balai polis berdekatan.

Beliau berkata suspek yang beralamat terakhir di Bagan Jermal, Butterworth, berketinggian kira-kira 170 sentimeter, berambut lurus pendek, memakai baju-T kelabu dan seluar warna gelap ketika melarikan diri.

Lelaki terbabit ditahan di Taman Tun Sardon kerana disyaki memiliki dua tiub dadah jenis heroin pada Jumaat lepas dan mendapat perintah reman bermula 14 Jun berakhir hari ini.

Tags / Kata Kunci: tahanan lolos

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan