Penjual Kuetiau Goreng Tetak Isteri, Pembantu Ditemui Bogel Di Dalam Bilik - Berita Jenayah | mStar

Penjual Kuetiau Goreng Tetak Isteri, Pembantu Ditemui Bogel Di Dalam Bilik

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 5:40 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang peniaga kuetiau goreng bertindak menetak dan mencederakan isteri dan pembantu gerainya dengan sebilah parang selepas menjumpai mereka berdua-duaan tanpa pakaian di dalam rumah sewanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi Rabu di sebuah rumah yang disewa suspek di Kampung Langgar dekat sini.

Suspek dan keluarganya berpindah ke rumah tersebut kira-kira seminggu yang lalu.

Suspek melanjutkan tempoh perniagaannya sehingga 3 pagi atau 4 pagi sejak bermulanya kejohanan Piala Dunia.

Namun, dia dipercayai balik ke rumah lebih awal untuk menonton perlawanan diantara Brazil dan Mexico yang bermula pada pukul 3 pagi.

Suspek berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis berdekatan selepas menetak kedua-dua mangsa.

Isteri suspek berusia 32 tahun mengalami kecederaan parah di paha kiri manakala tangan kiri pembantu gerai berusia 19 tahun itu hampir putus.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Jun ini untuk membantu siasatan.

Kes disiasat  dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


Tags / Kata Kunci: tetak , isteri , pembantu gerai , bogel
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan