Jurugambar Dibelasah Ambil Gambar Tertuduh Di Mahkamah

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 12:56 PM

Jurukamera, Irwan Majid menunjukkan kepala dan tangannya yang lebam akibat diserang di mahkamah ketika membuat liputan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang jurugambar yang bertugas dengan akhbar harian berbahasa Melayu mengalami kecederaan kecil selepas diserang di Kompleks Mahkamah di sini kerana mengambil gambar tertuduh dalam kes pengedaran dadah.

Penyerang yang tidak dikenali itu yang dipercayai mempunyai hubungan dengan tertuduh, ditahan pada pukul 11.45 pagi ekoran kejadian.

Jurugambar, Irwan Majid, 30, yang mengalami lebam di kepalanya, membuat laporan polis di balai polis daerah di sini berhubung kejadian itu. 

Kameranya juga pecah akibat pergelutan.
Tags / Kata Kunci: jurukamera , belasah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan