Op Warta Pulau Pinang: 30 Ditahan, Serah 134 Waran Tangkap

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 10:28 PM

Op Warta dilaksanakan untuk mengesan pesalah trafik.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang menahan 30 individu dan menyerahkan 134 waran tangkap kepada pesalah trafik dalam tempoh 16 jam Op Warta di negeri ini bermula Isnin hingga pukul 5 petang, Selasa.


Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang, Superintenden Ibrahim Abu Bakar berkata, 30 individu berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan terhadap 647 kenderaan dalam beberapa siri sekatan jalan raya.

Beliau berkata, individu yang ditahan akan didakwa atas pelbagai kesalahan dan mereka diarah membayar saman tertunggak.

"Secara keseluruhan, Pulau Pinang mencatat sejumlah 14,540 pesalah trafik yang gagal melunaskan tunggakan saman lampau membabitkan pelbagai pelanggaran undang-undang lalu lintas," katanya kepada pemberita selepas Op Warta di Plaza Tol Sungai Nyior di sini, Selasa.

Ibrahim berkata, pihaknya turut menambah waktu operasi kaunter bayaran sehingga 8 malam bagi membolehkan orang ramai membayar saman mereka.

"Kami berharap dapat mengesan kesemua pesalah trafik di negeri ini, tindakan diambil adalah sebagai satu peringatan kepada pengguna jalan raya agar tidak memandang ringan terhadap kesalahan lalu lintas yang dilakukan," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan