PDRM Beri Jaminan Jenayah Berkumpulan Tak Berlaku Lagi

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 8:05 AM

Pasukan polis sedang menyiasat lokasi insiden tembakan di Kajang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sejak Ops Cantas Khas dilancarkan 10 bulan lalu, ia merupakan satu tempoh panjang bagi gengster untuk keluar dari tempat persembunyian dan kembali melakukan jenayah berkumpulan.

Namun, polis berkata gengster sudah tersilap langkah kerana pasukan keselamatan kini bersiap sedia untuk memastikan kekacauan tidak berulang lagi.

Kira-kira lapan kes tembakan berlaku pada tahun ini. 

Kes terbaharu membabitkan pemilik kedai daging, Abd Ghani Abdullah, 50, yang ditembak oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal ketika dia sedang berjalan dari tempat letak kereta menuju ke kedainya di Pasar Kajang pada Isnin.

Namun, dia terselamat daripada serangan itu.

Abd Ghani, yang mendakwa dirinya sebagai Datuk Sulu, mengalami kecederaan parah di bahagian bahu kirinya dan dibawah telinga kanan selepas ditembak dua kali dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, seorang saksi yang melihat insiden itu segera menghubungi polis selepas penembak tersebut melarikan diri.

Nampaknya, gengster meninggalkan negara ketika Ops Cantas Khas, dengan matlamat mula menunjukkan unsur-unsur jenayah berkumpulan.

Namun, beberapa kumpulan kini sedang cuba bersatu semula.

Sumber mendedahkan sebuah kumpulan iaitu Geng 36 - mengadakan pertemuan secara rahsia di beberapa negeri pada 3 Jun lalu untuk memperingati pembentukan kumpulan tersebut.

Difahamkan, beberapa ahli Geng 36 yang bersembunyi di negara jiran sudah 'bersatu semula'.

Namun, Bukit Aman memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keadaan masih terkawal.

"Hanya segelintir ahli kumpulan tersebut yang cuba melancarkan serangan terhadap kumpulan musuh, tiada lebih daripada itu.

"Mereka membayangkan bahawa operasi Ops Cantas Khas telah dikurangkan. Awasi kata-kata saya - kumpulan tersebut tidak boleh kembali. Ops Cantas masih dijalankan.

"Anggota kita sedang bekerja keras siang dan malam untuk memastikan kumpulan tersebut tidak kembali," kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan Operasi) Polis Bukit Aman Datuk Mazlan Mansor kepada The Star, Isnin.

Beliau berkata gengster tersebut kini lebih berwaspada kerana polis mempunyai Akta Pencegahan Jenayah (PCA) sebagai amunisi utama mereka.

"Kita tidak mendedahkan lebih lanjut mengenainya. Kami akan melancarkan serangan terhadap kumpulan tersebut apabila mereka tidak menyedarinya," kata Mazlan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata kira-kira 134 individu, kebanyakannya ahli kumpulan terbabit ditahan dibawah PCA sejak 2 April lalu.

"Daripada jumlah itu, 38 orang mendapat perintah Kediaman Terhad oleh Lembaga Pencegahan Jenayah manakala 24 orang lagi dalam proses untuk didakwa semula.

"Baki anggota kumpulan masih lagi dalam tahanan," katanya.

Roslee berkata PCA amat berguna dalam membantu mengheret penjenayah ganas dan berbahaya ke dalam penjara.

Ops Cantas Khas turut menyumbang kepada penurunan kadar aktiviti kumpulan penjenayah. Kes pembunuhan menyusut dari 504 kepada 433 kes manakala kes rompakan menurun dari 83 kepada 54 kes.

Samun berkumpulan pula menurun dari 13,533 kepada 12,048 kes dengan jenayah melibatkan senjata api berkurangan kepada 14 daripada 20 kes.

Sejumlah 9,659 senjata api, bahan letupan dan peluru dirampas sepanjang operasi khas tersebut.


Tags / Kata Kunci: Geng 36 , genster , tembak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan