Pemilik Kedai Daging Cedera Ditembak Dua Kali - Berita Jenayah | mStar

Pemilik Kedai Daging Cedera Ditembak Dua Kali

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 1:50 PM

Kopiah dan selipar milik Abd Ghani.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Seorang pemilik kedai daging di pasar Kajang cedera selepas lelaki bersenjata melepaskan dua das tembakan kepadanya kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata mangsa yang dikenali sebagai Abd Ghani Abdullah, 50, meletakkan kereta jenis Mercedes Benz miliknya di Metro Point dan berjalan ke pasar apabila lelaki bersenjata terbabit lalu di situ menaiki motosikal.


Suspek kemudian melepaskan tembakan kepada Abd Ghani, yang mana tembakan pertama terkena bahu kirinya manakala tembakan kedua terkena di bahagian bawah telinga kanan.

Ab Rashid berkata penunggang motosikal memecut selepas melakukan tembakan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi polis.

"Abd Ghani dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan dan keadaannya stabil," katanya.

Ab Rashid berkata ahli perniagaan itu tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan kes itu disiasat di bawah Akta 1971 Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

Seorang pekerja yang bekerja di kedainya, V. Devarasa, berkata serangan itu menjadi tanda tanya Abd Ghani tidak pernah bermusuh.

"Dia telah dianugerahkan gelaran 'Datuk' kira-kira dua hingga tiga tahun lepas.

"Dia masih merendah diri dan meminta dirinya hanya dikenali sebagai pemilik perniagaan," tambah kakitangan berusia 60 tahun itu.

Devarasa berkata Abd Ghani tinggal di Putrajaya dengan isteri dan empat anaknya dan akan datang seawal 5.30 pagi untuk memulakan perniagaan harian.

"Semua orang di pasar mendengar bunyi tembakan dan bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Saya terkejut apabila melihat bos saya terbaring tidak sedarkan diri di atas tanah di belakang pasar," katanya.

Menurut Devarasa, perniagaan di pasar Kajang itu telah dijalankan selama lebih 40 tahun.
Tags / Kata Kunci: pasar Kajang , kedai daging
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan