Kereta Terbabas Di LPT: 4 Maut, 7 Parah

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Empat lelaki maut manakala tujuh lagi parah selepas kereta Honda Accord yang mereka naiki terbabas di Kilometer 134.1 Lebuhraya Pantai Timur dekat Temerloh, awal pagi Isnin.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata, seorang daripada mangsa dikenali sebagai Che Mohd Azuwan Che Hashim, 30, yang juga pemandu kereta berkenaan, berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Identiti tiga lagi mangsa yang terkorban dan tujuh yang parah dipercayai warga Myanmar itu masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang pengenalan diri ditemui, katanya.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.29 pagi ketika kereta yang dinaiki 11 orang itu sedang dalam perjalanan dari Rantau Panjang, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan lalu terbalik menyebabkan empat mangsa tercampak keluar dan mati di tempat kejadian," katanya.

Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh untuk dibedah siasat manakala mangsa yang parah menerima rawatan di hospital sama.

Tags / Kata Kunci: LPT , Polis

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan