Tiada Kompromi Anggota Tentera Terbabit Jenayah Atau Militan - Berita Jenayah | mStar

Tiada Kompromi Anggota Tentera Terbabit Jenayah Atau Militan

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 4:21 PM

Salah seorang daripada mereka adalah anggota tentera Malaysia yang terbabit dalam kegiatan militan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam jenayah atau kumpulan militan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam jenayah yang jelas boleh mengancam keselamatan negara.

"Institusi ketenteraan merupakan tunggak pertahanan dan keselamatan negara, saya minta semua pegawai dan anggota meningkatkan khidmat profesionalisme ke tahap tertinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke-49 di Kem Sungai Buloh, dekat sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penahanan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah dua hari lepas selepas disyaki terbabit dalam kegiatan militan.|

"Kes ini masih dalam siasatan pihak polis...kenal pasti jenis kesalahan yang dilakukan dan sekiranya ada baru pihak kementerian melalui TLDM akan ambil tindakan selanjutnya," katanya.

Abdul Rahim meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan pemantauan terhadap pegawai dan anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatannya bagi mengelakkan mereka terbabit dalam perbuatan jenayah atau terbabit dalam kumpulan militan.

Beliau berkata, meskipun keupayaan perisikan Polis Diraja Malaysia terutamanya dalam menangani kegiatan militan tidak boleh dipertikaikan, namun ATM sendiri perlu memantau pegawai dan anggotanya.

"Risikan yang dimiliki polis mencukupi untuk membuat pemantauan terhadap kegiatan militan, tetapi kita juga minta setiap perkhidmatan pantau anggota masing-masing sama ada terbabit dengan masalah disiplin dan tingkah laku yang tidak bersesuaian," katanya.


Tags / Kata Kunci: Datuk Abdul Rahim Bakri , tentera , militan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan