Anggota PGA, Pengawal Keselamatan Ditemui Mati Ditembak Di Sandakan

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 4:43 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang pengawal keselamatan ditemui mati dengan kesan tembakan di tapak pembinaan Taman Casa Uno di Batu 4, Jalan Utara Bypass, di sini pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, pihak polis menerima laporan mengenai penemuan dua mayat itu daripada orang awam pada pukul 11.30 pagi tadi.

Beliau berkata mayat anggota PGA itu berpakaian biasa manakala pengawal itu merupakan penjaga tapak pembinaan tersebut.

Kedua-dua mayat ditemui terbaring berhampiran pagar masuk utama ke tapak pembinaan itu.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat," katanya.

Fadzil berkata identiti anggota PGA dan pegawal keselamatan itu belum dikenal pasti dan pihaknya turut menemui sepucuk pistol di tempat kejadian.


Tags / Kata Kunci: PGA , pengawal keselamatan , Sandakan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan