Dua Lelaki Ditahan, Rampas Dadah RM17,000 Di Kuala Krai

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 3:54 PM

Polis merampas pelbagai jenis dadah mencecah RM17,000 di Kuala Krai. Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai hampir RM17,000 di Kampung Sungai Batu, Dabong di sini Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Nuraddin Wahab berkata, kedua-dua suspek yang berumur 24 dan 37 tahun itu ditahan ketika sedang menunggang motosikal pada pukul 11.45 malam hari tersebut oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai.

"Kita tahan suspek dan pemeriksaan ke atas beg silang milik seorang suspek, polis menemui pelbagai jenis dadah, tiga cincin serta seutas rantai emas.

"Kita menemui 523 biji pil kuda, 2 botol serta 1 tiub straw mengandungi dadah jenis heroin dan wang tunai sebanyak RM4,155 di dalam beg berkenaan," katanya kepada pemberita di IPD Kuala Krai di sini, Ahad.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar Dabong, Kuala Krai dan Gua Musang.

"Suspek memperoleh bekalan dadah dari pembekal dalaman.

"Kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan opiate serta mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Nuraddin berkata, suspek kini direman selama seminggu bermula tarikh mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kes turut disiasat di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan. 

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan