TLDM Sah Anggota Ditahan Bantu Kes Militan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 10:20 AM

Salah seorang suspek yang ditahan pada Jumaat selepas disyaki terbabit dalam kegiatan militan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan seorang anggotanya yang berpangkat Laskar Kanan ditahan polis di Sandakan, Sabah semalam selepas disyaki terbabit dalam kegiatan militan.

TLDM dalam satu kenyataan berkata anggota yang ditahan dalam operasi khas Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman itu kini masih dalam siasatan polis. 

"Anggota yang ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas 2012) itu masih dalam siasatan polis dan kes akan dikendalikan pihak polis," kata kenyataan itu.

Sementara itu Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas kes itu selesai disiasat pihak polis.

"Kita tidak mengetahuinya. Kita tidak memaafkan aktiviti sedemikian. Ini merupakan kes polis dan kita akan biarkan pihak polis menyiasat. Kita akan mengambil tindakan selepas siasatan mereka selesai," katanya kepada Bernama.

Pada JUmaat, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata seorang daripada tiga individu yang ditangkap merupakan anggota kanan sel militan yang disyaki telah menjalankan latihan ketenteraan di kem milik Kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina sejak 22 April lalu.

Manakala dua lagi suspek termasuk seorang anggota TLDM yang bertugas di Sandakan ditahan kerana disyaki membantu anggota militan itu menyusup masuk ke Sandakan dan melindunginya.
Tags / Kata Kunci: militan , TLDM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan