Warga Myanmar Maut, Rakan Parah Dalam Pergaduhan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang warga Myanmar maut manakala rakannya cedera parah dalam pergaduhan di tapak pembinaan Taman Akasia di Mengkuang Titi, Ara Kuda di sini tengah malam Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Baharom Abu berkata pergaduhan melibatkan dua kumpulan warga Myanmar.

Beliau berkata semua pihak yang terlibat dalam pergaduhan melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis di tempat kejadian.

"Kita hanya menemui mayat seorang lelaki dalam longkang dengan beberapa kesan tikaman di badan dan kepala serta seorang lagi lelaki cedera parah," katanya ketika dihubungi.

Baharom berkata pergaduhan yang melibatkan lebih 20 pekerja pembinaan tersebut dipercayai berlaku akibat perselisihan faham.

"Berdasarkan maklumat awal, mereka yang tinggal di rumah kongsi di tapak pembinaan itu mula berperang mulut sebelum ia berlarutan hingga berlaku pergaduhan dengan menggunakan senjata tajam," katanya.

Pihak polis belum menahan mana-mana pihak sementara rumah kongsi berkenaan telah kosong.
Tags / Kata Kunci: kes gaduh , Myanmar

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan