SPAD Kesan 4,820 Kesalahan Lori Termasuk Lebih Muatan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

PUCHONG: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesan sebanyak 4,820 kesalahan menerusi operasi membanteras lori lebih muatan atau Ops Hippo sejak ia dilancarkan di seluruh negara pada Jun 2011.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,394 kesalahan direkodkan sejak Januari tahun ini.

"Antara kesalahan-kesalahan adalah lori lebih muatan, tidak diselanggara dengan baik, membuat pengubahsuaian pada badan lori dan keadaan tayar yang membahayakan pemanduan.

"Mengenai kesalahan lebih muatan, terdapat lori yang membawa muatan melebihi 160 peratus daripada had muatan yang dibenarkan pada sesebuah lori itu," katanya kepada para pemberita pada Ops Hippo di Taman Meranti Jaya dekat sini, Jumaat.

Mengenai Ops Hippo pada Jumaat, Che Hasni berkata, SPAD menerima banyak aduan daripada orang ramai terutama di kawasan Puchong berhubung lori-lori yang membawa muatan berlebihan sehingga merosakan jalan-jalan.

Katanya, kegiatan itu masih berleluasa menyebabkan SPAD menjalankan operasi penguatkuasaan yang bermula sejak pukul 4 pagi melibatkan 35 anggota penguat kuasa.

"(Setakat) operasi pada hari ini, kita mencatatkan sebanyak 25 kes membabitkan 12 lori.

"Kesemua lori yang melakukan kesalahan akan didakwa mengikut Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang membawa kepada denda tidak kurang RM1,000 hingga maksimum RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Menurut Che Hasni, mesin penimbang lori ketika ini menggunakan teknologi baharu dari Jepun bagi mengesan lori yang membawa lebih muatan yang merosakkan jalan-jalan raya.

Beliau menambah, teknologi baharu itu akan dinilai keberkesanannya dan tahap praktikal penggunaannya dalam peringkat percubaan.

"Kita ada menggunakan (teknologi) Korea dan kita juga akan cuba menggunakan (teknologi) dari Amerika. Kita akan cuba pelbagai teknologi.

"Ini adalah peringkat penilaian dan percubaan. Mana yang elok (terbaik) itu yang akan kita akan gunakan," katanya.

Tags / Kata Kunci: SPAD

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan