Kaki Budak Empat Tahun Tersepit Dalam Lubang Tandas

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang budak lelaki berusia empat tahun tergelincir hingga menyebabkan kaki kanannya tersangkut dalam lubang tandas di sebuah flat di Jalan Sungai di sini. 

Muhammad Iskandar Hakimi Mohd Azrul terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam sebelum anggota bomba berjaya mengeluarkan kakinya pada pukul 11.40 pagi. 

Nenek mangsa, Salbiah Ariffin, 61, berkata cucu lelakinya itu mengadu sakit perut dan secara tidak sengaja membuang air besar dalam seluar pada pukul 10 pagi. 

Dia kemudiannya membawa ke tandas untuk mencuci najis tersebut ketika itulah insiden malang itu berlaku. 

"Saya hampir pengsan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya segera meminta bantuan dan menelefon balai bomba," katanya ketika ditemui di rumah sewanya pada Jumaat. 

Ketika insiden malang itu berlaku mangsa yang berada dalam keadaan ketakutan dan sakit turut ditenangkan oleh jiran dan anggota bomba. 

Pegawai bertugas di Jabatan Bomba Perak, Yaakob Abdul Aziz berkata pihaknya terpaksa memotong paip PVC jiran yang tinggal di unit bawah pangsapuri berkenaan dalam usaha membebaskan kaki kanak-kanak tersebut. 

"Kami hampir berputus asa dalam usaha mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut, kami  terpaksa memecahkan mangkuk tandas dan lantai namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil. 

"Kerja menyelamat juga agak sukar kerana tiada ruang udara atau vakum yang boleh membantu untuk membebaskan kaki kanak-kanak tersebut. Kami juga terpaksa memecahkan lantai tandas untuk memudahkan kerja, sebaik sahaja kami memotong paip PVC tersebut kami dapat melihat kaki kanak-kanak tersebut. 

"Kami turut meletakkan minyak pada kaki mangsa dan kemudiannya menolaknya ke atas," jelas anggota bomba tersebut. 

Yaakob berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.19 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian. 

Seorang lagi anggota bomba, N. Jayashankar berkata keluarga kanak-kanak lelaki itu telah menghantar mangsa ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani ujian imbasan sinar x untuk melihat sama ada dia mengalami sebarang keretakan pada tulang kakinya. 

"Kaki mangsa tersepit lebih daripada satu jam. Kami bimbang dia mengalami sebarang kecederaan," katanya. 


Tags / Kata Kunci: tersepit , lubang tandas

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan