Suspek Kes Bunuh Adik Ipar Cuba Bunuh Diri Minum Racun

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 8:50 AM

Polis membawa mayat Sivashangari yang ditemui mati dalam keadaan berbogel di sebuah hotel bajet di Kelana Jaya pada Selasa lalu.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kematian adik iparnya di sebuah hotel bajet di Kelana Jaya, Petaling Jaya cuba untuk membunuh diri dengan meminum racun.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, polis menahan suspek berusia 26 tahun itu di tandas awam dekat sebuah pasar di Teluk Intan.

Beliau berkata, lelaki itu meminum air daripada botol mengandungi racun di sebuah tandas pada kira-kira puku; 4.30 petang Selasa.

Lelaki itu telah pergi ke pasar berkenaan untuk mencari ibunya yang bekerja sebagai salah kakitangan di situ sebelum memasuki tandas awam.

"Kita telah pun mengambil keterangan daripada suspek. Beliau mengaku membeli racub itu daripada sebuah kedai kelengkapan di Kelana Jaya pada Isnin," kata Goh sambil menambah bahawa Goh berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital.

Menurut Goh, lelaki terbabit mempunyai tiga kesalahan jenayah sebelum ini.

Tambahnya, lelaki itu pernah ditahan dan didakwa kerana cubaan untuk merompak pada 2005 dan 2007, serta didakwa kerana melakukan rusuhan.

"Dia kini dikehendaki polis kerana didakwa terlibat dalam kes bunuh di Kelana Jaya," kata Goh.

Pada Selasa, A. Sivashangari, 22, ditemui mati dalam keadaan berbogel di sebuah hotel bajet di Kelana Jaya.

Wanita itu telah mendaftar masuk di hotel berkenaan bersama seorang rakan lelaki pada kira-kira pukul 4 petang Isnin, 

Sivashangari ditemui ditemui dengan kesan cekik di lehernya.

Sumber berkata, Sivashangari, yang bekerja sebagai juruwang di sebuah spa, ditemui oleh kakaknya dan kakitangan hotel pada kira-kira pukul 4 petang Selasa.

Kakaknya sebelum itu menerima panggilan telefon daripada suaminya yang didakwa meluahkan untuk membunuh. Lelaki berkenaan bekerja di sebuah pub di Hartamas, Kuala Lumpur didakwa turut memberitahu isterinya bahawa dia akan mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Tags / Kata Kunci: Goh Kok Liang , A. Sivashangari

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan