Punca Laporan Polis Tersebar Di Media Sosial Disiasat

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 10:52 PM

Jalaluddin Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Polis Kelantan sedang menyiasat punca kebocoran maklumat mengenai laporan polis yang tersebar di laman media sosial.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, dua laporan polis dibuat selepas kes seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang didakwa menjadi mangsa rogol berkumpulan di Ketereh bulan lalu dan satu kes insiden melibatkan seorang guru di Kuala Krai baru-baru ini.

"Laporan awal kedua-dua kes disebarkan melalui Whatsapp, Facebook, blog dan beberapa laman media lain," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Kontinjen negeri di sini, Khamis.

"Polis sedang menyiasat bagaimana laporan tersebut boleh tersebar di Internet.

"Kita akan mengambil tindakan serius terhadap mana-mana anggota polis atau sesiapa saja yang membocorkan maklumat itu kepada orang ramai yang melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya.

Jalaluddin turut memberi amaran kepada sesiapa yang didapati bersalah dibawah akta terbabit boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun.

Beliau berkata, siasatan polis harus dirahsiakan dan tindakan sebaliknya adalah melanggar Akta Polis 1967.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan