SPAD Tahan 627 Pemandu Degil

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 2:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menahan seramai 627 pemandu kenderaan awam yang ingkar peraturan dalam operasinya sejak tiga tahun lalu di kawasan Bukit Bintang (BB) dan juga KLCC.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, semua pamandu tersebut ditahan kerana melanggar pelbagai peraturan yang ditetapkan.

"Dalam tempoh 9 Jun 2011 hingga 7 Jun 2014, pihak kami telah menjalankan 382 operasi di dua tempat tersebut.

"Kesalahan paling tinggi dilakukan oleh pemandu ialah tidak meletakkan kenderaan di tempat yang ditetapkan (184 kes), tidak mempamerkan kad pemandu atau tamat tempohnya (157 kes), tidak guna meter (72), mengambil atau menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan sebanyak 42 kes dan lalin-lain kesalahan 172 kes.

"Manakala untuk tahun ini (Mac-Jun) sahaja kita telah menjalankan 94 operasi dan membuat menahan 241 pemandu.

"Jumlah keseluruhan kenderaan yang diperiksa dalam tempoh tiga bulan ini adalah sebanyak 6,175," katanya kepada mStar Online.

Che Hasni berkata, operasi itu bukan hanya melibatkan SPAD sahaja tetapi turut mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tambahnya, pemandu-pemandu yang ditahan dikenakan kompaun oleh JPJ serta dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan lanjut.


Tags / Kata Kunci: SPAD , teksi , Bukit bintang , KLCC

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan