Lagi Mayat Berbungkus Ditemui

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki dibungkus dalam cadar dipercayai warga asing ditemui di dalam longkang di tepi kawasan tapak pembinaan di Penang Science Park, Juru di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Supt Baharom Abu berkata mayat dibungkus cadar bercorak kotak-kotak warna biru muda ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu pada 11.44 pagi itu.

"Ketika ditemui mayat itu dibungkus dengan cadar. Bahagian kepala dan kaki diikat. Keadaannya seperti sudah dikafankan," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Katanya berdasarkan keadaan mayat itu, polis tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan mati di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

"Mayat itu masih dalam keadaan sempurna dan tidak berpakaian. Kita percaya mungkin lelaki yang dipercayai berusia lingkungan 30-an itu mati lebih 24 jam kerana telah berbau busuk," katanya.

Baharom berkata lelaki itu dipercayai pendatang tanpa izin kerana tiada sebarang dokumen perjalanan diri ditemui bersama mayat berkenaan.

Katanya mayat itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

"Siasatan awal polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada badan mayat itu dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.


Tags / Kata Kunci: Juru

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan