Pemeriksaan Rawak Di Jeti Banteras Seludup Diesel

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 10:10 PM

Pasukan Polis Marin mempergiatkan pemeriksaan bagi membanters kegiatan penyeludupan diesel.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Marin kini menumpukan operasi membanteras penyeludupan diesel dengan membuat pemeriksaan secara rawak terhadap kapal kecil di jeti dan pangkalan sekitar perairan negara.

Komandernya, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, perkara itu menjadi keutamaan kerana masalah penyeludupan diesel semakin berleluasa, selain isu pendatang tanpa izin.

"Pemeriksaan secara rawak ke atas jeti kecil atau pangkalan ini dapat membanteras kegiatan itu yang selalunya tangkapan melibatkan kapal kecil atau kapal pesisir.

"Kapal besar tidak boleh merapati terminal yang biasanya digunakan untuk menyeludup ini," katanya dalam temu bual khas di Bukit Aman di sini, Rabu.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bertukar maklumat dengan negara jiran.

Abdul Aziz berkata, sehingga Mei tahun ini, PPM melakukan 806 tangkapan pelbagai kes dengan rampasan bernilai RM74.1 juta berbanding hanya RM45 juta sepanjang tahun lepas.

Selain diesel, rampasan turut membabitkan petrol bersubsidi, rokok, barang kawalan, dadah dan sebagainya.

Beliau berkata, tangkapan membabitkan Akta Polis, Akta Kastam, Imigresen, Pemerdagangan Orang, Akta Dadah Berbahaya dan Kawalan Bekalan.

Abdul Aziz berkata, PPM juga memfokuskan kes rompakan kapal yang sering berlaku di perairan sehingga menjejaskan imej negara.

Menyentuh wilayah kawalan, Abdul Aziz berkata, PPM mengawal lima wilayah iaitu Selangor hingga Perlis; Negeri Sembilan, Melaka dan Johor; Pahang, Terengganu dan Kelantan serta Sabah dan Sarawak.

Mengenai aset dan keanggotaan pula, Abdul Aziz berkata, pada masa ini PPM memiliki 168 aset pelbagai dengan kekuatan 1,969 anggota dan masih memerlukan tambahan bagi menampung keperluan tugas yang semakin mencabar.


Tags / Kata Kunci: Polis Marin , Datuk Abdul Aziz Yusof , diesel

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan