Polis Kenal Pasti Sindiket Judi Bola Sepak Piala Dunia

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 10:11 PM

(Ubah saiz teks)

BERUAS: Polis telah mengenal pasti sindiket perjudian yang melibatkan pertaruhan Piala Dunia FIFA 2014 yang bermula Jumaat ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.

Beliau berkata risikan berhubung perjudian bola sepak itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman.

"Kita ada cara untuk mengesan sindiket berkenaan. Kita sudah ada maklumat risikan sama ada sindiket itu dari luar negara atau tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Beruas bernilai RM4.4 juta di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengenai kerjasama Kementerian Dalam Negeri dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Persekutuan Badan Induk Bola Sepak Dunia (Fifa) bagi memantau kegiatan perjudian semasa berlangsungnya Piala Dunia.

Katanya polis juga akan bekerjasama dengan unit forensik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta syarikat telekomunikasi untuk menangani kegiatan perjudian dalam talian.

Beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terbabit dalam kegiatan perjudian itu.

"Sekiranya mendapat maklumat, kita akan terus ambil tindakan kerana kita tidak mahu kegiatan tersebut berleluasa di negara ini," katanya.

Kejohanan Piala Dunia kali ini akan berlangsung di Brazil mulai 13 Jun hingga 14 Julai ini.
Tags / Kata Kunci: Datuk Hadi Ho Abdullah , judi , bola sepak

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan