Polis Buru 7 Suspek Rogol 2 Remaja - Berita Jenayah | mStar

Polis Buru 7 Suspek Rogol 2 Remaja

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 10:23 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Polis Kelantan memburu tujuh lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir ke atas dua remaja perempuan di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mengikut siasatan polis, mereka yang masih bebas itu berumur dalam lingkungan 20-an.

"Tindakan memburu suspek-suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Jalaludin berkata hasil siasatan, polis menafikan mangsa yang berumur masing-masing 15 dan 17 tahun, telah dirogol oleh 38 lelaki seperti yang didakwa dalam laporan yang dibuat mereka sebelum ini.

"Bagaimanapun dipercayai mangsa telah dirogol oleh orang yang sama berulang kali," katanya.

Katanya dalam laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua mangsa pada 26 Mei lepas, dua mangsa itu menyatakan telah dirogol di dua tempat berasingan iaitu di sebuah rumah kosong dan rumah suspek di Ketereh, katanya.

Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati kejadian melibatkan 13 orang suspek di tempat pertama dan lapan suspek lagi di lokasi kedua kejadian.

Melalui serbuan dan pemeriksaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan di sekitar Ketereh, polis menahan 14 lelaki dalam lingkungan 15 hingga 38 tahun, katanya.

Beliau berkata polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap dakwaan kes rogol bergilir-gilir membabitkan dua remaja perempuan itu.

Kes berkenaan dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Negeri Kelantan dan empat suspek akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.


Tags / Kata Kunci: Rogol , Ketereh
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan