Kes Culik Pulau Singamata Selesai - KPN

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 2:46 PM

Khalid

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes culik di Pulau Singamata, Semporna awal April lalu sudah dihantar pulang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan berhubung kemungkinan pembabitan wanita itu dalam kes berkenaan juga sudah selesai.

"Dia sudah dihantar pulang ke Filipina. Saya tidak mahu komen pasal siasatan itu," katanya dalam sidang media, di sini, Selasa.

Menurut Khalid pihaknya kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi mengambil tindakan terhadap penculik yang terbabit dalam kes itu.

Pada 2 April lalu, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menculik pelancong warga China, Gao Hua Yuan, 29 dan Dayawan, yang bekerja di Singamata Adventures and Reef Resort, kira-kira 10.30 malam.

Kedua-duanya dibebaskan pada hujung bulan lalu.

Ditanya mengenai kes penculikan seorang pengurus syarikat pusat penternakan ikan di Pulau Baik, Lahad Datu pada awal pagi 6 Mei lalu, beliau berkata mangsa Yang Zai Lin, 34, dari Guangzhao, China dalam keadaan selamat dan pihaknya sedang berusaha untuk membebaskan mangsa itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan