ACP Azmi Ketua Polis PJ Yang Baharu

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 2:38 PM

Majlis serah tugas antara Arjunaidi (kiri) dengan Azmi (kanan) sambil disaksikan Abdul Samah di IPD Petaling Jaya, Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Kewangan) Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Azmi Abu Kassim dilantik Ketua Polis Daerah Petaling Jaya yang baharu.

Beliau menggantikan ACP Arjunaidi Mohamed yang akan memulakan tugasnya sebagai Penolong Pengarah Pemalsuan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Bukit Aman.

Azmi,49, memulakan kerjayanya pada 1987 sebagai pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan seterusnya di Bahagian Narkotik sebelum ke Jabatan Pengurusan dan Logistik.

"Semua pihak diharap dapat memberi kerjasama bagi memastikan keselamatan awam di daerah ini sentiasa terkawal dan berada di tahap terbaik.

“Saya perlu sedikit masa untuk mendapatkan taklimat rasmi daripada pegawai di sini sebelum merangka sebarang langkah untuk manfaat bersama,” katanya pada majlis serah tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, Selasa.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat.

Azmi juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban selama dua tahun, bermula 2007.

Tags / Kata Kunci: Azmi Abu Kassim , Arjunaidi Mohamed

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan