Mayat Gareth Dituntut Untuk Dikebumikan

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 3:40 PM

Gareth Huntley.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mayat lelaki warga Britain Gareth David Huntley, 34, yang ditemui di Sungai Mentawang, di Kampung Juara, Pulau Tioman Rabu lalu dituntut oleh wakil keluarga berkenaan pada Isnin.

Mayat Huntley yang merupakan sukarelawan di Pusat Santuari Penyu Kampung Juara, Pulau Tioman dituntut dari Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kira-kira 1.30 tengah hari oleh wakil keluarganya daripada Casket Paradise Funeral Sdn Bhd.

Menurut wakil syarikat berkenaan, mayat Huntley akan dibawa ke Kuala Lumpur sebelum diterbangkan ke Britain Rabu ini untuk proses pengebumian.

Bagaimanapun kelibat ibu mangsa, Janet Southwell dan teman wanita Huntley, Kit Natariga, tidak kelihatan sepanjang proses tuntutan mayat itu dilakukan pada Isnin.

Sabtu lalu Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan mayat lelaki yang dijumpai di Sungai Mentawang, di Kampung Juara, Pulau Tioman Rabu lalu ialah Gareth David Huntley yang dilaporkan hilang di pulau berkenaan pada 27 Mei lepas.

Ia disahkan menerusi ujian DNA yang dilakukan selepas sampel darah ibu mangsa 99.99 peratus sama dengan DNA tulang mangsa.

Huntley dilaporkan hilang pada 27 Mei lepas selepas dikatakan pergi ke air terjun Lubuk Teja berseorangan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejurus selepas kehilangannya dilaporkan pada 29 Mei lepas dengan melibatkan 154 orang anggota merangkumi Polis Pahang, Polis Marin, Rela, Tentera Darat serta Bomba dan Penyelamat Pahang.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan