Kemalangan Lima Kenderaan Sebabkan Kesesakan Di Lebuhraya Persekutuan

Diterbitkan: Isnin, 9 Jun 2014 9:23 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kemalangan membabitkan lima kenderaan menyebabkan kesesakan teruk hampir dua jam sepanjang tiga kilometer di Lebuh raya Persekutuan di sini, Ahad.

Pemandu teksi, K.Haritharan, 47, berkata, kemalangan tersebut berpunca daripada sebuah kenderaan yang berhenti di lorong laju akibat tayar pancit kira-kira pukul 10 malam.

"Pemandu kereta di belakang menekan brek secara mengejut bagi mengelak daripada melanggar kenderaan dihadapannya.

"Secara keseluruhannya, kemalangan itu membabitkan lima kenderaan. Namun, tiada mangsa cedera dalam kemalangan itu," katanya.

Teksi Haritharan antara satu daripada dua buah kenderaan yang rosak teruk dalam kemalangan itu.

Kenderaan yang tayarnya pancit tidak mengalami sebarang kerosakan.

Seorang pegawai dari ibu pejabat polis trafik daerah di sini mengesahkan menerima laporan berhubung insiden itu.

Tags / Kata Kunci: kemalangan , Lebuhraya Persekutuan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan