Tahanan Mati Sebab Sawan - Polis

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 9:00 PM

Kakak kepada S. Aginraj, S. Regina Dewi (dua, kiri) bercakap kepada pihak media mengenai kematian adiknya di Hospital Seberang Jaya, Butterworth, Penang.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Polis pada Ahad mengesahkan kematian seorang lelaki yang merupakan tahanan reman berusia 26 tahun di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini pada Sabtu akibat serangan sawan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supt Baharom Abu berkata tahanan S. Aginraj disahkan mati pada pukul 7.05 petang semalam selepas dirawat di hospital berkenaan sejak Rabu lepas. 

"Ketika ditahan tahanan itu mengalami sesak nafas dan sawan, jadi pihak polis menghantarnya ke HBM untuk rawatan pada Rabu sebelum dilaporkan mati semalam.

"Hasil bedah siasat pada pagi tadi di Hospital Seberang Jaya di sini oleh Pakar Patalogi Datuk Dr. Bhupinder Singh mendapati dia meninggal dunia kerana kekurangan oksigen ke otak yang menyebabkan sukar bernafas atau sawan," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Katanya tahanan berkenaan bersama seorang rakannya berusia 31 tahun ditahan di Perai dekat sini pada pukul 8.15 malam pada 2 Jun lalu selepas ditangkap oleh seorang pengawal keselamatan sebuah kilang ketika mereka memunggah 12 ketul besi jenis 'pig iron' menggunakan sebuah motosikal. 

Baharom berkata selepas ditahan dua lelaki yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau itu direman selama empat hari sehingga Jumaat di lokap Ibu Pejabat Polis SPT.

"Tahanan itu telah dibawa ke HBM pada 4 Jun lalu kerana mengalami sawan dan dilaporkan dalam keadaan stabil menyebabkan pertuduhan terhadapnya terpaksa dilakukan di katil hospital. 

"Dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan diberi jaminan sebanyak RM8,000 manakala rakannya diberi jaminan sebanyak RM3,000 dalam perbicaraan berasingan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada hari sama," katanya. 

Beliau berkata waran terhadap Aginraj sepatutnya dilanjutkan sehingga hari ini kerana keluarganya tidak mampu membayar wang jaminan tersebut. 

Sementara itu, anggota keluarga Aginraj dalam sidang akhbar berasingan di Hospital Seberang Jaya hari ini mempersoalkan tindakan mahkamah meletakkan jumlah jaminan yang tinggi berbanding rakannya. 

Adiknya Regina berkata keluarganya hairan dengan keadaan abangnya yang lemah dan langsung tidak kenal anggota keluarga ketika sedang dirawat di hospital.
Tags / Kata Kunci: sawan , tahanan , Baharom Abu

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan