Tahanan Lokap IPD Kuantan Mati Selepas Sesak Nafas

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 10:42 PM

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang tahanan lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh, berkata lelaki berusia 44 tahun yang ditahan pada Khamis lepas, meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

"Lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur sebelum itu mengadu sakit dada kepada anggota polis bertugas sebelum kakitangan HTAA tiba di IPD Kuantan kira-kira jam 5.30 petang semalam untuk memberi rawatan awal.

"Susulan pemeriksaan awal, lelaki terbabit kemudiannya dibawa ke HTAA untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 6 petang," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata lelaki itu ditahan di rumahnya, di Jalan Haji Ahmad di sini oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Pahang selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti penagihan dadah.

Katanya, lelaki itu ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tags / Kata Kunci: tahanan lokap , sesak nafas

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan