Juruteknik Syarikat Kawalan Keselamatan Disyaki Larikan RM235,000 Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 5:35 PM

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Supt Maszely Minhad menunjukkan wang yang ditemui di kawasan hutan terpencil di Kampung Bunga Tanjung, Malim Nawar dekat Kampar, pada sidang media, Ahad.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan seorang juruteknik syarikat kawalan keselamatan di sini kelmarin kerana disyaki melarikan wang tunai RM235,000 ketika memungut wang daripada mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) di sekitar Ipoh dan Kampar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Supt Maszely Minhad berkata suspek yang berumur 23 tahun itu ditahan pada pukul 6 petang, selepas pengurus syarikat berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu Rabu lepas.

Beliau berkata susulan daripada tangkapan itu, pada hari yang sama, pemeriksaan dijalankan di kawasan hutan terpencil di Kampung Bunga Tanjung, Malim Nawar dekat Kampar di sini, dan menemui RM210,000 daripada jumlah keseluruhan wang yang dilarikan. 

"Usaha untuk mendapatkan semula baki wang yang dicuri sedang giat dijalankan," katanya pada sidang media di Balai Polis Sungai Senam di sini Sabtu.

Mengulas semula mengenai kejadian itu, Maszely berkata hasil siasatan mendapati suspek bertindak menyorokkan wang yang dicuri ke dalam jaket berwarna hitam yang dipakainya, sebelum menjalankan tugas.

Bagaimanapun tiga pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu tidak menyedari tindakan suspek sedemikian.

Katanya siasatan mendapati suspek yang bekerja di syarikat itu sejak setahun lepas tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Suspek kini ditahan reman sehingga Isnin ini dan disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun jika sabit kesalahan.
Tags / Kata Kunci: juruteknik , Maszely Minhad

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan