Pemandu Syarikat Perladangan Dirompak RM835,603

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 2:16 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Sebuah syarikat perladangan kerugian RM835,603 selepas pemandunya dirompak dua lelaki berhampiran sebuah bank di Fajar pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Keong Ho Eng berkata ketika kejadian kira-kira 11.10 pagi, pemandu berusia 39 tahun itu diarah mengambil wang tunai untuk dihantar ke lokasi lain oleh kerani syarikat berkenaan yang telah mengeluarkan wang tunai itu dari sebuah bank.

Beliau berkata setelah pemandu itu mengambil beg berisi wang tunai RM835,603 daripada kerani itu, dia terus meletakkan duit berkenaan di tempat duduk belakang kereta.

Pada masa sama datang dua lelaki memakai topi besbol dan membawa senjata dipercayai sebatang besi yang tiba-tiba masuk ke dalam kereta lalu mengarahkan pemandu itu supaya memandu, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Keong berkata pemandu itu kemudiannya diarah menuju ke jalan Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau sebelum diikat dan ditinggalkan di kawasan tersebut.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup kedua-dua suspek itu didapati berada 20 minit di kawasan kejadian, katanya.

Tags / Kata Kunci: Rompak , Pemandu

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan