Seorang Lelaki Maut Terperangkap Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang penuntut lelaki sebuah pusat pengajian tinggi swasta ditemui mati selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah kedai runcit di Jalan Kempas 3 B, Proton City dekat Tanjung Malim Jumaat malam.

Dalam kejadian pukul 9.15 malam, mangsa R. Aris Muniandy, 20, ditemui terbaring dalam tandas di kedai runcit berkenaan.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim Abdul Jamil Mowplause berkata pihaknya terpaksa memecahkan pintu belakang kedai berkenaan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam stor.

"Mangsa tidak dapat menyelamatkan diri kerana api marak di bahagian hadapan kedai dan menyukarkannya membuka pintu stor berkenaan manakala pintu belakang kedai terkunci," katanya.

Katanya mayat mangsa ditemui tidak rentung dan kemungkinan mangsa mati disebabkan sesak nafas kerana terhidu asap tebal.Beliau berkata bapa saudaranya yang turut berada di dalam kedai itu menyelamatkan diri melalui pintu hadapan.

Abdul Jamil berkata mangsa yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dipercayai datang ke kedai runcit milik seorang lagi bapa saudaranya itu untuk membantu sementara cuti semester.

Beliau berkata kebakaran itu menyebabkan 90 peratus kedai berkenaan musnah dan api dapat dikawal 20 minit selepas kejadian.

"Kedai runcit itu terletak di bahagian bawah rumah kedai dua tingkat, namun kebakaran tidak merebak ke kedai-kedai yang lain," katanya.

Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Slim River dan Proton City dikerahkan ke tempat kejadian, katanya.

Tags / Kata Kunci: Kebakaran , Maut

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan