Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak Air Mineral - Berita Jenayah | mStar

Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak Air Mineral

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 5:37 PM

Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dipercayai berusia tujuh hari dijumpai ditinggalkan di dalam sebuah kotak di hadapan kedai runcit di Kampung Gajah Mati, Tawang awal pagi tadi di Bachok, Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Seorang bayi lelaki dipercayai berusia kira-kira seminggu ditemui dalam sebuah kotak air mineral yang ditinggalkan di depan rumah kedai di Kampung Gajah Mati, Tawang di sini Sabtu.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok ASP Azmi Mokhtar berkata bayi itu ditemui pemilik rumah kedai berkenaan, Seman Salleh, 68, dan isterinya, Zuraini Abdul Wahab, 43.

"Ketika dijumpai pada kira-kira 5.30 pagi, bayi dengan tali pusat yang belum tertanggal itu sedang menangis sebelum dibawa masuk ke dalam rumah," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk pemeriksaan serta tindakan lanjut dan polis akan membuat semakan dengan klinik kesihatan di kawasan Bachok untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab meninggalkan bayi berkenaan.

Sementara itu, Seman berkata ketika ditemui bayi berkenaan menangis tidak henti-henti sebelum diberikan susu oleh isterinya.

"Apabila diberikan susu, dalam dua minit dia terus senyap. Ketika dijumpai, dia dalam keadaan menangis, muka ditutup dan dibungkus dengan tuala dalam kotak air mineral," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Tawang berhubung penemuan itu.
Tags / Kata Kunci: buang bayi , kotak air mineral
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan