Buang Bayi: Lelaki Bangladesh Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 4:10 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis memberkas seorang lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang dibuang dalam sebuah gaung berdekatan Genting Highlands, Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Shah Alam Supt Ruslan Abdullah ketika dihubungi berkata lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar Klang, semalam, berikutan aduan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa dirogol oleh suspek sehingga melahirkan bayi berkenaan.

"Lelaki Bangladesh itu kini reman selama 14 hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut kes tersebut," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang ejen membekalkan pekerja asing dan isterinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung aduan wanita berumur 33 tahun itu yang kehilangan bayi hujung bulan lepas.

Penahanan agen terbabit membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki berusia enam bulan dalam keadaan kembung dan berulat di sebuah gaung berdekatan Genting Highlands pukul 11 pagi.

"Punca kematian bayi berkenaan juga tidak dapat ditentukan berikutan keadaan mayat bayi itu telah pun reput," katanya.

Ruslan berkata polis turut menyelamatkan 24 pekerja wanita warga Indonesia berumur lingkungan 20 dan 30 tahun yang bekerja tanpa permit sebagai pembantu rumah jangka pendek dengan ejen yang sama kerana dipercayai dieksploitasi secara seksual oleh ejen itu dan juga pelanggannya.


Tags / Kata Kunci: Polis , Genting Highland

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan