Remaja Liwat Dan Cabul Sepupu, Rakan Disiasat

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun disiasat kerana meliwat dan mencabul dua yang lain ketika berenang di tasik.

Remaja itu didakwa meliwat sepupunya berusia 11 tahun selepas mencabul seorang rakannya yang lain berusia 13 tahun di sebuah tasik berdekatan Kampung Salut di Jalan Sulaman kira-kira pukul 10 pagi pada 28 May lalu.

Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintenden M Chandra berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa yang berusia 13 tahun pada 29 May lalu, anak lelakinya memberitahu bahawa remaja berusia 14 tahun itu memasukkan jari ke bahagian belakangnya ketika mereka berenang.

"Kanak-kanak itu beritahu ibunya bahawa kawannya secara tiba-tiba memeluknya dari belakang dan memasukkan jarinya ke dalam seluar dalamnya (mangsa) dan memasukkan jari ke dalam duburnya," katanya.

Difahamkan remaja itu menolak rakanya dan kemudian beralih kepada sepupunya.

Remaja itu kemudian memeluk sebelum meliwat sepupunya itu.

"Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu memberitahu ibunya bahawa dia berasa sakit di bahagian belakang, dan menyatakan bahawa semua insiden itu berlaku di tasik," katanya.

Tambah Chandra, berdasarkan laporan ibunya pada 30 May lalu, anak lelakinya itu berenang tanpa pakaian.

Ibunya itu kemudian membawa anaknya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapati terdapat luka dibahagian duburnya.

Menurut Chandra lagi, polis mengesyaki remaja lelaki itu menonton video lucah sebelum kejadian itu berlaku.
Tags / Kata Kunci: Liwat , Cabul , Remaja

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan