Lelaki Edar Dadah Dalam Kamar Mahkamah Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 4:04 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Polis menahan seorang lelaki yang menyerahkan satu bungkusan mengandungi 37 kapsul dadah disyaki ganja kepada seorang pesalah di dalam kamar Mahkamah Sesyen Klang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat berkata ketika kejadian pada 11.30 pagi itu, suspek dilihat tiba-tiba menghampiri pesalah terbabit ketika dia diiring keluar oleh polis dari kamar mahkamah ke lokap sementara.

Katanya, suspek juga dilihat menyerahkan satu bungkusan beg plastik putih kepada pesalah itu dan tindakan mencurigakannya itu menyebabkan polis mahkamah terus merampas bungkusan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati, bungkusan tersebut mengandungi 37 ketulan berbentuk kapsul disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 160 gram," katanya ketika dihubungi di sini Jumaat.

Kamarul Zaman berkata lelaki yang berumur 25 tahun dan berasal dari Raub, Pahang itu kini ditahan untuk siasatan lanjut berhubung tindakannya selain mengenal pasti hubungan suspek dengan pesalah berkenaan.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Klang hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap suspek terbabit selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah , Klang

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan